Monday, February 9, 2009

Penjelasan Isu Dewan JKKK Kuala Sg. Pinang, Balik Pulau

4 Februari 2009 YB Tuan Mohammad Fairus hadir ke Dewan JKKK Kuala Sg Pinang yang menjadi tumpuan ramai setelah isu merantai pagar dewan dihebohkan di media arus perdana.

YB hadir bagi menjelaskan isu bekenaan yang ternyata diputar belitkan oleh pihak-pihak tertentu. Beliau telah membacakan kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak YB Yusmadi Yusof Ahli Parlimen Balik Pulau.




Berikut adalah kenyataan media tersebut:

KENYATAAN AKHBARPECEROBOHAN DAN PENGABAIAN BANGUNAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG OLEH KEMAS DAN UMNO, BALIK PULAU

Saya berasa amat kesal di atas tindakan oleh pimpinan UMNO Balik Pulau yang memutarbelitkan fakta kejadian yang kononnya pihak Pakatan Rakyat telah tidak membenarkan penggunaan bangunan kerajaan negeri di Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau untuk kegunaan pendidikan Tabika Kemas seperti yang dilaporkan di media utama tempatan pada 3.2.2009.

Sebagai penjelasan terhadap kekeliruan fakta saya sertakan dibawah kronologi peristiwa sebelum berlakunya seperti yang dilaporkan.

Kronologi peristiwa:

5/8/08
AJK Kemas telah mengeluarkan semua kemudahan yang terdapat di dalam Tabika Kemas tersebut atas sebab berlaku perubahan kerajaan di Pulau Pinang.

20/8/08
Encik Abdul Rahim Bin Md Isa selaku Timbalan Pengerusi JKKK Kuala Sg Pinang) orang yang dipertanggungjawabkan oleh Pengerusi JKKK Kuala Sungai Pinang untuk menguruskan premis berkenaan telah meminta Tabika Kemas tersebut beroperasi seperti biasa walau pun kerajaan Pakatan Rakyat memerintah ketika itu.

4/12/08
JKKK Kuala Sungai Pinang mengeluarkan surat membenarkan pengunaan dewan orang ramai tersebut bersyarat memandangkan terdapat aduan bahawa premis berkenanaan digunakan untuk bermalam oleh keluarga AJK Kemas di situ. (rujuk Lampiran surat bertarikh 4/12/2008). Walaubagaimanapun sehingga kini tiada jawapan daripada pihak Pengarah Kemas Pulau Pinang.

2/1/09
Pengerusi UMNO Cawangan Sg. Pinang Encik Ismail Johar telah menceroboh premis tersebut dengan memotong kunci tanpa pengetahuan JKKK Kuala Sungai Pinang sambil berteriak bahawa “Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) bukan ada kuasa”.

3/1/09
Pihak JKKK Kuala Sg Pinang telah menjemput AJK Kemas berkenaan untuk bermesyuarat menyelesaikan isu tersebut dengan dipengerusikan oleh YB Yusmadi Yusoff selaku Ahli Parlimen Balik Pulau. Walaubagaimanapun AJK Kemas berkenaan tidak hadir semasa mesyuarat tersebut walaupun telah dijemput dan dimaklumkan oleh pihak JKKK Kuala Sungai Pinang. Mesyuarat bersetuju untuk memberi peluang untuk pihak Kemas Negeri menjawab surat bertarikh 4/12/2008 dan memaklumkan mengenai pencerobohan yang berlaku pada 2/1/2008. Sehingga kini tiada sebarang jawapan oleh pihak Kemas Negeri.

2/2/09
Dewan tersebut telah di kunci oleh JKKK Kuala Sungai Pinang memandangkan tiada sebarang jawapan dibuat oleh Kemas Negeri Pulau Pinang menunjukkan mereka tidak berminat untuk berkerjasama dengan pengurusan premis tersebut.

Berdasarkan fakta-fakta di atas peristiwa seperti yang dilaporkan tidak sepatutnya timbul dan diexploitasikan oleh pimpinan UMNO Balik Pulau.

Sikap angkuh pimpinan UMNO yang mengekploitasikan isu pendidikan dibuat bagi mengalihpandangan masyarakat daripada isu sebenar iaitu:

a) Salahguna premis oleh pihak AJK Kemas dengan menjadikan premis tersebut tempat bermalam oleh keluarga mereka.
b) Kemas tidak mengendahkan arahan JKKK Kuala Sungai Pinang agar berkerjasama dan premis tersebut juga boleh digunakan untuk aktiviti lain oleh masyarakat setempat.
c) Pencerobohan premis tersebut oleh Pengerusi UMNO Cawangan Sungai Pinang

Sikap rakus dan desperado UMNO menunjukkan bahawa mereka sanggup mempergunakan apa-apa saja isu seperti pendidikan bagi menghukum pilihan demokrasi rakyat setempat. Kemas yg dipimpin oleh kerajaan Pusat/UMNO sepatutnya menyantuni kerajaan negeri seperti yang digariskan di dalam amalan Federalisme apabila keputusan yang demokratik telah dibuat oleh rakyat setempat.

Yusmadi Yusoff
Ahli Parlimen Balik Pulau

No comments: