Tuesday, September 9, 2008

Perasmian Pusat Bakti DUN Penanti & Majlis berbuka puasa







Tanggal 9 September 2008 merupakan tarikh bersejarah bagi Pusat Bakti (Pusat Khidmat) DUN N12 Penanti yang diwakili YB Mohd Fairus Khairuddin kerana ianya ditelah dirasmikan oleh Mudir Madrasah An-Nahdhoh iaitu Ustaz Mutalib Maarof dalam satu acara yang meriah.

Pusat Bakti yang terletak di Jalan Tanah Liat ini bertujuan memudahkan rakyat di kawasan Penanti membuat aduan atau cadangan serta membantu mereka dalam urusan seharian mereka. YB Fairus juga yang merupakan ADUN Penanti akan berusaha untuk menyelesaikan segala masalah yang diutarakan oleh rakyat dan akan berada di Pusat Bakti tersebut setiap hari Jumaat untuk bertemu secara langsung dengan penduduk setempat.

Dalam majlis Perasmian dan Berbuka puasa ini, YB Fairus turut menyampaikan ucapan dan bantuan beras dan keperluan asas kepada lebih 30 orang fakir miskin, anak-anak yatim,dan juga ibu tunggal di dalam kawasan Penanti dan menjamu para hadirin berbuka puasa dan bersolat maghrib berjemaah.

No comments: