Monday, March 23, 2009

Fairus diminta bukti dakwaan konspirasi

Mar 24, 09 11:55am (malaysiakini)
Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin, yang akan meletak jawatan 8 April ini, diminta supaya membuktikan dakwaan kononnya terdapat konspirasi dalaman untuk menjatuhkannya.

Sambil menafikan dakwaan itu, Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim berkata Mohammad Fairus, juga anggota parti itu, meletak jawatan berdasarkan keputusan peribadi dan ia tiada kaitan dengan sebarang konspirasi.

"Kalau benar ada konspirasi, minta dia keluarkan fakta dan bukti," katanya, lapor Bernama.
Zahrain memberitahu pemberita demikian selepas mempengerusikan mesyuarat badan perhubungan itu hampir empat jam di Pulau Pinang malam tadi.

Beliau juga ditanya mengenai laporan akhbar bahawa Pengerusi jawatankuasa perdagangan dalam negeri, hal ehwal pengguna dan agama negeri, Abdul Malik Abul Kassim, juga daripada PKR, bersedia untuk mengambil alih jawatan timbalan ketua menteri.

Zahrain berkata isu itu tidak timbul kerana belum ada perbincangan dibuat mengenai calon pengganti.

Menurutnya mesyuarat malam tadi hanya berkisar kepada persiapan parti menghadapi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Bukit Selambau.

1 comment:

Anonymous said...

dlam pakatan pon ada pakatan kah?